Jurutera disebalik Ferrari 250 GTO, Giotto Bizzarrini meninggal dunia pada usia 96 tahun

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jurutera yang menghasilkan dua model ikonik, Ferrari 250 GTO dan enjin V12 pertama Lamborghini , Giotto Bizzarrini dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 96 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain menjadi jurutera disebalik dua model ikonik tersebut, Giotto Bizzarrini juga berjaya menubuhkan syarikat keretanya sendiri, dan menghasilkan Bizzarrini 5300 GT, yang telah memenangi perlumbaan Le Mans.

Dilahirkan pada tahun 1926 di Quercianella di Tuscany, Bizzarrini merupakan seorang pelajar universiti di Pisa, sejurus tamat pengajian, Bizzarrini telah menyertai Alfa Romeo dan mula bekerja pada pembangunan casis Giulietta.

 

2

 

Permulaan Bizzarrini di Alfa Romeo bukanlah jawatan yang diinginkan olehnya, disebabkan minatnya lebih ke arah enjin.

Tidak lama kemudian, Bizzarrini dipindahkan ke bahagian R&D Alfa Romeo dimana beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang jurutera dan pemandu ujian.

Pada tahun 1957, bermulalah kisah Bizzarrini dalam menghasilkan model ikonik, dimana Ferrari telah mengambilnya untuk bekerja di bahagian pembangunan kereta sports mereka.

 

3

 

Hasil kerjanya telah berjaya mewujudkan salah satu model ikonik dalam sejarah permotoran, dimana ia boleh dikatakan sebagai hasil peribadi untuk Bizzarrini sepanjang bersama Ferrari.

Bizzarrini merupakan salah seorang daripada 5 ketua jurutera yang bertanggungjawab dalam menghasilkan Ferrari 250 GTO.

Hasil kerja Bizzarrini tidak berakhir di Ferrari, pastinya anda mengetahui tentang kisah mengenai Enzo yang telah menghina pengasas kepada jenama Lamborghini, Ferruccio Lamborghini yang telah mengadu mengenai kualiti kereta Ferrari.

 

4

 

Disebabkan perkara tersebut, Lamborghini yang ketika itu hanya menghasilkan traktor nekad untuk menghasilkan kereta sports buatannya sendiri.

Namun bagi menghasilkan kereta sports dengan jenamanya sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah, terutamanya aspek enjin yang menjadi nadi.

Jurutera disebalik enjin V12 terawal Lamborghini, juga merupakan Giotto Bizzarrini yang telah menjadi bekas pekerja Ferrari ketika itu.

 

5

 

Walaupun Bizzarrini merupakan antara jurutera yang hebat, namun rekaan enjin V12 pertamanya tidak terlalu sesuai untuk kegunaan atas jalan.

Jurutera Lamborghini telah menala semula enjin 3.5 liter DOHC tersebut untuk digunakan di dalam model Lamborghini 350 GT, dimana ia kemudiannya disumbatkan ke dalam salah satu model ikonik, iaitu Lamborghini Miura.

Menariknya, seni bina asas rekaan enjin V12 Bizzarrini  kekal digunakan sehingga tahun terakhirnya pada 2010, yang dapat dilihat dalam Lamborghini Murciélagos.

 

6

 

Selain model ikonik yang disebutkan di atas, Bizzarrini turut terlibat dalam menghasilkan model GT Iso Rivolta dan Iso Grifo, dimana beliau kemudiannya menubuhkan syarikat sendiri.

Melalui syarikatnya sendiri, beliau telah menghasilkan model ikonik jenamanya tersendiri iaitu Bizzarrini 5300 GT, yang dikuasakan oleh enjin V8 327 Chevrolet, yang hanya dihasilkan sebanyak 133 unit.

Selain Bizzarrini 5300 GT, Bizzarrini turut terlibat dengan satu lagi model prototaip yang dikuasakan enjin V8 iaitu AMX/3, namun projek tersebut tidak diteruskan.

 

7

 

Pada Februari tahun ini, nama Bizzarrini sekali lagi muncul bersama sebuah syarikat yang merancang untuk menghasilkan sebuah supercar berenjin V12.

Walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dengan syarikat tersebut, namun supercar yang dihasilkan dikatakan akan dinamakan sebagai Giotto, tentu sekali menjadi penghormatan kepada salah satu lagenda dalam industri automotif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Giorgetto Giugiaro dan Fabrizio Giugiaro   Selain menghasilkan kereta lumba, Bizzarini…