Jurutera Renault-Nissan hidupkan semula projek R&D trenkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun dihimpit dengan pelbagai isu selain khabar angin yang melanda, ia sedikit pun tidak mengganggu gugat perancangan yang dibuat oleh Renault bersama rakan sepakatannya - Nissan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Memetik dua sumber yang tidak bernama, Reuters melaporkan Renault telah pun menghantar ketua jurutera, Gilles Le Borgne untuk berjumpa Tsuyoshi Yamaguchi, timbalan presiden Pembangunan Teknologi Renault-Nissan Alliance.

Kedua-dua ketua jurutera daripada Renault dan Nissan tersebut akan berbincang untuk memfokuskan kepada elektrifikasi trenkuasa - termasuklah sistem hibrid untuk kenderaan generasi akan datang. 

Sebelum ini, isu tersebut tidak begitu diendahkan memandangkan ketiga-tiga pihak (Renault, Nissan dan Mitsubishi) mempunyai teknologi tersendiri dan tidak digabungkan secara efektif. 

Nissan dikatakan akan menggunakan teknologi E-Tech Renault pada SUV Juke baharu, manakala Renault pula akan menggunakan sistem e-Power Nissan untuk dilengkapkan pada model Kadjar. 

Mitsubishi pula dalam satu perkembangan masih kekal dengan teknologi plug-in hybrid yang dibangunkan sendiri untuk digunakan pada Outlander. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada rakan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, crossover ASX tersebut kini…
Berita Global
Serentak dengan itu, Mitsubishi turut mendedahkan imej acah model Colt yang bakal muncul pada tahun…
Berita Global
Berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat, generasi baharu crossover Mitsubishi ASX akan…