Jurutera Toyota bangunkan transmisi manual GR Supra daripada kotak gear manual Z4 sDrive20i

oleh Mohamad Hanif|
Dalam realiti, BMW tidak pernah menawarkan model Z4 dengan kotak gear manual, melainkan model asas sDrive20i yang dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris yang dijual di pasaran tertentu, seperti Australia.

Namun, ia sebenarnya sudah cukup buat para jurutera Toyota untuk menggunakannya sebagai asas bagi pembangunan kotak gear manual untuk GR Supra dengan enjin enam silinder sebaris.

Menurut laporan daripada laman web The Drive, wakil Toyota mengesahkan komponen yang digunakan pada kotak gear GR Supra itu merupakan kombinasi daripada transmisi ZF, namun kombinasi itu eksklusif untuk GR Supra sahaja.

Tambahnya, Toyota telah bekerjasama dengan ZF dan BMW untuk membangunkan beberapa perkara, termasuklah "rekaan dan susun atur tombol gear dan pedal, nisbah gear akhir, talaan fungsi iMT (intelligent Manual Transmission) dan perasaan penukaran gear."
 

GR up


Pada model Z4 sDrive20i, BMW menggunakan kotak gear manual dengan kod komponen GS6L40LZ, sementara pada model GR Supra, ia mempunyai kod komponen GS6L50TZ.

"GS6" merujuk kepada kotak gear enam nisbah kelajuan, sementara "Z" pula merujuk kepada pembekal kotak gear, iaitu ZF sementara perbezaan antara "L40L" dan "L50Z" pula merujuk kepada jenis transmisi dan set gear yang digunakan.

Sama seperti model GR Yaris dan GR Corolla, sistem iMT pada GR Supra turut hadir dengan fungsi rev-match yang menawarkan prestasi kuasa yang konsisten terutama ketika menurunkan posisi gear.

Selain itu, varian manual juga turut hadir dengan nisbah pemanduan akhir 3.46 yang lebih pendek berbanding model AT bagi prestasi pecutan yang lebih baik.

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, 'tradisi' itu berjaya dipecahkan kembali dengan kehadiran model-model kereta sports seperti…
Berita Global
Rocket Bunny kini menawarkan kit badan lebar khusus untuk model kereta sports pacuan roda belakang…
Berita Global
Kini, Toyota memenuhi permintaan mereka dengan melancarkan GR Supra 2023 yang kini didatangkan…