Ini kerana di sana, seorang jutawan dengan murah hatinya membeli sebuah Rolls-Royce Phantom untuk dijadikan sebagai perkhidmatan teksi, dan bakal memalukan perkhidmatan teksi-teksi sedia ada.
Bobby Chemmanur, seorang jutawan telah memberikan warna yang istimewa terhadap teksi Phantom ini dengan balutan Gold Chrome.
Menurut laporan Sputnik News, teksi Phantom ini bakal digunakan untuk mengangkut pelancong yang mahu melawat resortnya di Kerala dengan harga yang tidak memeningkan kepala.
Untuk menikmati perjalanan yang istimewa di dalam teksi Phantom, anda hanya perlu menempah percutian selama tiga hari dua malam dengan harga yang cukup menarik, iaitu sekitar $345 atau RM1,439 sahaja.
Lebih menarik, Chemmanur mendapatkan Phantom generasi ketujuh ini menerusi acara lelongan dengan harga yang lebih murah, dan tidak merancang untuk mengutip keuntungan daripada teksi Phantom ini.
Sumber: Sputnik News