Kadar baru tol - PLUS sahkan masih dalam proses

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerima keputusan pihak Kerajaan untuk mengekalkan Syarikat ini di bawah pemegang saham yang sedia ada iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)/UEM Group Bhd sebanyak 51% dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) sebanyak 49% dengan penawaran pengurangan kadar tol yang sedia ada sebanyak 18% bagi pengguna kenderaan persendirian dan perlanjutan tempoh konsesi selama 20 tahun. Kadar tol ini akan terus kekal sehingga tamat tempoh konsesi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Dengan merujuk kepada cadangan tarikh pelaksanaannya iaitu 1 Februari 2020, pihak kami sedang memuktamadkan mekanisme pengurangan kadar tol tersebut,” kata Pengerusi PLUS, Dato’ Mohamad Nasir Ab. Latif.

“Ia adalah bagi mengesahkan status Perjanjian Konsesi yang sedia ada serta mengambilkira kepentingan  pemegang Sukuk kami.”

Pada masa yang sama, PLUS akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik serta perjalanan yang selamat dan selesa dengan memanfaatkan inovasi untuk rakyat.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…