Kadar kemalangan jalan raya meningkat, 260 kes di Kuala Lumpur pada bulan April

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebanyak 180 kes kemalangan direkodkan di ibu kota pada hari biasa sejak awal April lalu manakala 80 kes dicatatkan di hujung minggu.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, 60 ke 70 peratus daripada jumlah kemalangan itu membabitkan pemandu kenderaan empat roda manakala selebihnya penunggang motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, faktor yang menyumbang kemalangan adalah peningkatan jumlah kenderaan mencapai 90 peratus disebabkan aktiviti ekonomi yang sudah berjalan seperti biasa dan kurangnya individu bekerja dari rumah.

 

"Walaupun tiada rentas sempadan (rentas negeri), kemalangan tetap menjadi-jadi di Kuala Lumpur.

 

"Kes kemalangan yang banyak dilaporkan berlaku di pusat bandar dan pinggir bandar sewaktu orang ramai datang serta pulang kerja manakala kemalangan maut pula dilaporkan pada waktu malam selepas jam 10," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri…
Berita Domestik
  "Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790…
Informasi
  “Semalam (Isnin), 24 April sebanyak 1551 kes kemalangan berlaku melibatkan 2,327 kenderaan, yang…