Kadar parkir di Petaling Jaya bakal naik 20%?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mencari lot parkir dengan selesa di dalam kawasan Petaling Jaya adalah seumpama mencari jarum di padang bola yang luas. 

Bukan sahaja parkir penuh, malah terdapat segelintir pemandu yang suka double-parking, malah jalan yang luas boleh menjadi sesak akibat tindakan pemandu yang parkir sesuka hati. 

Hanya selepas beberapa kali membuat tawaf di kawasan yang sama, baharulah kita menarik nafas lega untuk meletakkan kenderaan. 

Bagi mengelakkan perkara yang serupa menjadi semakin teruk, sidang mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini membincangkan kemungkinan kenaikan kadar parkir sehingga 20% berbanding kadar 60 sen per jam semasa. 
 

Salah seorang daripada ahli majlis bandar, Terence Tan berkata, kadar kenaikan tersebut akan dicadangkan di kawasan perniagaan utama (CBD), seperti di PJ New Town dan Damansara Uptown.

Antara kawasan lain yang turut berpotensi adalah seperti SS2, Seksyen 14 dan juga Seksyen 17.

Merujuk kepada amalan DBKL di kawasan CBD, kadar parkir adalah lebih tinggi berbanding di kawasan yang lain, dan MBPJ tidak pernah menyemak kadar tersebut sejak berdekad lalu. 

Tan turut mencadangkan tempoh maksimum sehingga dua jam sahaja bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk di kawasan tersebut.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, kadar kenaikan sebanyak 20% itu walaubagaimanapun masih lagi dibincangkan - THE STAR

Sumber gambar: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut merupakan pencapaian penting untuk smart Malaysia dengan pelancaran rangkaian…
Berita Domestik
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mengikut…
Berita Domestik
  "Rakaman video itu memaparkan sebuah kereta dipandu di lorong motosikal di lokasi terbabit yang…