Namun, apabila ia ditugaskan untuk membawa pemimpin, fungsinya turut berubah, daripada sebuah pengangkutan, ia juga mampu bertindak sebagai pusat kawalan sementara, serta pusat perlindungan daripada segala ancaman dan marabahaya.
Oleh sebab itu, sesetengah daripada kereta rasmi kerajaan dilengkapi dengan ciri-ciri perisai, dan segala kelengkapan yang diperlukan untuk menangkis segala serangan fizikal termasuklah serangan bahan kimia.
Baca: Senarai kereta rasmi Presiden US
Laman web Visual Capitalist baru-baru ini telah menyenaraikan kenderaan-kenderaan rasmi yang digunakan oleh 45 orang pemimpin utama dunia, daripada kereta yang paling kerap disebut-sebut (The Beast) sehinggalah kepada kereta yang paling tidak disangka-sangka (Volkswagen Beetle).
Menurut data daripada TitleMax, jenama yang paling popular tidak lain dan tidak bukan adalah Mercedes-Benz, terutama model S-Class.
Malah, ada juga pemimpin yang masih lagi mengguna pakai model-model Mercedes-Benz yang klasik seperti contoh Mercedes-Benz 600 Pullman (Morocco) dan Mercedes-Benz 600 Landaulet (Korea Utara).