Kajian: Pencemaran dari tayar 1,000 kali lebih bahaya berbanding asap ekzos

oleh Mohamad Hanif|
Bila sebut soal pencemaran, apa yang terlintas di dalam fikiran kita adalah lebih kepada soal pelepasan emisi, atau asap yang dibebaskan daripada pembakaran bahan api dari enjin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa pasaran utama dunia sudah pun mula mengenakan sekatan terhadap penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman, termasuklah peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat, membenarkan hanya kenderaan plug-in hybrid atau elektrik sahaja.

Namun, satu kajian yang dijalankan oleh Emissions Analytics mendapati pencemaran asap tidak begitu membahayakan jika dibandingkan dengan pencemaran dari tayar atau istilahnya emisi bukan dari ekzos (NEE).

Tayar? Ya, sama ada dari motosikal, kereta, lori dan segala macam kenderaan yang bergerak di atas muka bumi ini, dan dikatakan ia 1,000 kali lebih mencemarkan alam sekitar berbanding pelepasan emisi.

 


Selain daripada pemanduan seharian, kadar pencemaran akibat tayar ini juga berpunca daripada keadaan jalan yang kurang memuaskan, tekanan tayar yang tidak bersesuaian serta penggunaan tayar murah.

Namun, tidak seperti regulasi emisi yang semakin ketat, tiada sebarang peraturan telah digubal untuk mengawal pencemaran yang berpunca daripada penggunaan tayar.

NEE dipercayai merupakan penyumbang utama kepada kehadiran zarah dengan 60 peratus PM2.5 dan 73 peratus PM10.

Dalam laporan 2019 yang bertajuk 'Non-Exhaust Emissions from Road Traffic', ia mencadangkan supaya NEE diiktiraf sebagai salah satu sumber yang mampu mempengaruhi kualiti udara, walaupun ia berasal daripada kenderaan sifar emisi seperti EV.

Menurut Nick Molden, CEO Emissions Analytics berkata, "antara penyelesaian jangka pendek yang boleh dilakukan adalah dengan memastikan penggunaan tayar yang berkualiti tinggi dan tekanan yang digunakan menepati saranan pengeluar bagi mengurangkan kadar NEE.

Sumber: Emissions Analytics via Motor1