Kajian: Satu perlima pemilik EV kembali menggunakan kereta berenjin petrol

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun data menunjukkan dunia kini sedang beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV), namun tidak semua gembira dan senang dengan peralihan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian yang dibuat oleh Scott Hardman dan Gil Tal untuk Institute of Transportation Studies, mereka berjaya membuktikan satu perlima atau 20 peratus daripada 4,160 orang pemilik EV di California kembali menggunakan enjin pembakaran dalaman disebabkan kekurangan fasiliti pengecasan yang disediakan.

Hal ini sedikit membingungkan memandangkan California merupakan salah satu negeri yang paling mesra EV di kalangan negeri-negeri di Amerika Syarikat.

Kajian yang dibuat bermula dari tahun 2012 sehingga 2018 itu menyenaraikan beberapa sebab mereka beralih semula kepada kereta ICE. Antaranya:

1. Tiada kenderaan alternatif di rumah. Mereka yang hanya bergantung harap kepada EV semata-mata sukar untuk bergerak, terutama kereta sedang dicas.
2. Tinggal di tempat yang tidak menyediakan kemudahan pengecasan, seperti apartment.
3. Golongan muda yang baharu memulakan kehidupan dengan menyewa, dan bergantung sepenuhnya kepada pusat pengecasan umum.
4. Golongan wanita didapati memiliki kecenderungan untuk beralih semula kepada kenderaan konvensional, berbanding lelaki.

Kajian itu juga turut mendapati penambahbaikan terhadap infrastruktur pengecasan umum juga tidak memberikan kesan yang ketara terhadap golongan ini, memandangkan mereka lebih gemar untuk melakukan perjalanan jarak dekat dan jarang sekali membuat pemanduan jarak jauh.

Namun harus diingat bahawa kajian ini dibuat ketika kenderaan elektrik masih lagi berada di dalam generasi pertama (pada tahun 2018), dan pada ketika itu perasaan kebimbangan terhadap jarak (range anxiety) masih lagi menebal di kalangan para pemilik EV.

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.…