Kajian terkini: Malaysia negara ketujuh jalanraya paling bahaya dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Malaysia mendapat tempat ketujuh di dalam carta jalanraya paling merbahaya di dunia.

Kajian yang dilakukan oleh Zutobi.com itu merangkumi 56 buah negara di seluruh dunia dan ia mengambil kira faktor-faktor seperti analisa kematian kemalangan jalanraya, halaju maksimum yang dibenarkan, peratusan pemakaian tali pinggang keledar, kematian kemalangan jalanraya akibat alkohol dan kadar alkohol maksimum yang dibenarkan untuk pemandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jalanraya paling tidak selamat di dunia ialah di Afrika Selatan, di mana ada 25.9 kematian untuk setiap 100,000 penduduk dan 57.7 peratus dari kemalangan itu membabitkan pemandu mabuk.

Thailand meraih tempat kedua sebagai jalanraya paling merbahaya di dunia. Sebanyak 32.7 kematian untuk setiap 100,000 orang penduduk.

 

 

Kemalangan jalanraya di Thailand adalah disebabkan jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik, keadaan lalulintas yang sibuk dan kadar kelajuan maksimum yang tinggi di negara itu - 120 kmsj.

Thailand juga membenarkan kadar alkohol yang lebih tinggi dari kebanyakan negara, ialah 0.05g/dL (gram per decilitre).

Amerika Syarikat berada di tempat ketiga dan ia mempunyai kadar alkohol yang lebih tinggi, 0.08g/dL serta halaju maksimum yang juga tinggi - 137 kmsj untuk beberapa lebuhrayanya.

Malaysia berada di tempat ketujuh dengan kadar kematian 23.6 maut untuk setiap 100,000 penduduk dan kadar alkohol yang sama tinggi dengan Amerika Syarikat - 0.08g/dL.

 

 

Zutobi.com ialah sebuah syarikat global yang menyediakan pendidikan atas talian untuk pemandu-pemandu di US, UK, Sweden, Australia, Perancis dan Jerman.

Di bawah ialah senarai ringkas 10 jalanraya paling merbahaya di dunia:

  1. Africa Selatan
  2. Thailand
  3. Amerika Syarikat
  4. India
  5. Argentina
  6. Bosnia and Herzegovina
  7. Malaysia
  8. Croatia
  9. Macedonia Utara
  10. China

Untuk melihat laporan kajian sepenuhnya, layari pautan di bawah.

https://zutobi.com/uk/the-worlds-safest-roads

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain Malaysia yang menduduki tangga ke-12 terburuk, antara negara lain yang disenaraikan…
Berita Global
Pelbagai alasan diberikan tetapi kini ada satu kajian dari aman web US, Zutobi.com yang mengatakan …
Berita Global
Zutobi berkata kajian mereka mendapati bahawa ada satu kematian di seluruh dunia akibat kemalangan…