Kajian - Thailand negara kedua paling bahaya untuk memandu dan Malaysia berada dalam 'top ten'

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Bangkok Post
Satu kajian dijalankan sebuah platform pendidikan pemandu mendapati Thailand disenarai sebagai negara kedua di dunia yang paling berbahaya untuk memandu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kajian oleh firma bernama Zutobi itu menyenaraikan Afrika Selatan sebagai negara paling berbahaya untuk memandu di dunia, di hadapan Thailand dan Amerika Syarikat (AS) yang menduduki tempat ketiga.

 

Laman web Zutobi yang berpangkalan di AS mengukur kadar kemalangan jalan raya pada setiap tahun di seluruh dunia. Thailand didapati memperoleh skor teruk dalam lima kategori berbeza.

 

Kategori tersebut termasuk anggaran kadar kematian di jalan raya, had laju maksimum lebuh raya, kadar pemakaian tali pinggang keledar, kematian berkaitan alkohol dan had kepekatan alkohol dalam darah.

 

Ia mendapati negara Gajah Putih itu menduduki tempat kedua dengan 4.35 mata, di belakang Afrika Selatan dengan 3.41 mata, manakala AS di tempat ketiga dengan 5.03 mata.

 

Kementerian Pengangkutan Thailand melaporkan, sebanyak 32,190 kemalangan jalan raya dilaporkan pada 2020 dan 2021 dengan kebanyakan insiden melibatkan trak pikap, iaitu sebanyak 37 peratus.

 

Ia diikuti dengan kategori kenderaan persendirian dan awam sebanyak 27 peratus.

 

Dalam pada itu, berdasarkan kajian yang sama, Malaysia berada pada kedudukan kelapan bagi negara paling berbahaya untuk memandu.

 

Kajian yang menganalisis 52 buah negara itu memberikan skor keselamatan keseluruhan untuk Malaysia sebanyak 5.63.

 

- Ini lah salah satu ranking yang tidak membangga kita dan negara, ayuh Malaysian, we are better than this! -

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Meletakkan telefon di atas riba semasa memandu adalah amalan yang mudah dan biasa di Malaysia,…