Kajian: Toyota Corolla sedan terlaris dunia tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun genre sedan disifatkan sebagai salah satu segmen yang kian mengecil, namun hakikatnya lima daripada 10 kenderaan terlaris di global sebenarnya terdiri daripada model-model sedan!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan statistik kereta paling laris terjual oleh CarIndustryAnalysis, Toyota Corolla mengekalkan kedudukan teratas sebagai sedan paling laris terjual untuk tahun 2020, dengan jumlah jualan sebanyak 1,150,000 unit.

Meskipun mengalami penurunan jualan sebanyak lapan peratus, jumlah tersebut berjaya mengalahkan jualan SUV paling laris dunia - Toyota RAV4 (atau Wildlander) di tempat kedua, serta Honda CR-V di tempat ketiga.

Pesaing rapat Corolla, Nissan Sentra menduduki tempat keempat dengan jumlah jualan sebanyak 705,000 unit, manakala Honda Civic pula di tempat ketujuh (560,000 unit).
 

F-150


Segmen trak pikap pula menyaksikan penguasaan Ford F-150 sebagai trak pikap saiz penuh paling popular, diikuti dengan Chevrolet Silverado 1500 di tempat kesembilan dan Ram 1500 di tempat kesebelas, sementara Toyota Hilux pula menduduki tangga ke-13 sekaligus menjadi trak pikap saiz pertengahan yang paling laris di dunia (450,000 unit) untuk tahun 2020.

Terlalu banyak model yang disenaraikan, namun terdapat dua buah model yang berjaya menarik perhatian kami.
 

206


Salah satu daripadanya adalah Iran Khodro 206 Sedan di mana model yang diperkenalkan sejak tahun 1998 itu masih lagi diproduksikan sehingga kini dengan angka jualan 180,000 unit untuk tahun lalu, sementara generasi baharu 208 pula ternyata lebih laris (245,000 unit).

Kedua, model SUV kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Geely Boyue yang menduduki tangga ke-86 dengan jumlah jualan 190,000 unit, atau peningkatan sebanyak 1 peratus.
 

Boyue


Senarai penuh 99 model terlaris dunia boleh dirujuk pada carta di bawah:

 

 

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

 

9

 

Sumber: CarIndustryAnalysis