Kajian: Toyota jenama yang paling kerap di 'Google' untuk tahun 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Compare the Market, jenama gergasi automotif Jepun Toyota dinobatkan sebagai jenama automotif yang kerap dicari menerusi enjin carian Google untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Analisis yang dibuat oleh Compare the Market meliputi hasil keputusan carian daripada 158 buah negara bagi tahun 2018, 2019 dan 2020, di mana hasil yang diperoleh untuk tahun 2020 sahaja mencatatkan angka 88 juta carian!

Toyota menjadi jenama automotif nombor satu yang kerap dicari menerusi Google di 55 buah negara, dengan penguasaan sebanyak 34.8 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 17.7 peratus sahaja.

 


Sementara itu, jenama teratas yang kerap dicari pada tahun lalu, BMW mengalami penurunan yang ketara (64 peratus), di mana jenama tersebut hanya popular di 34 buah negara sahaja, berbanding 118 buah negara pada tahun lalu.

Namun, jenama tersebut masih lagi mengekalkan reputasi sebagai jenama yang paling popular untuk tempoh tiga tahun dengan hasil carian 38.3 peratus berbanding Toyota (31.3 peratus).

Seteru BMW, Mercedes-Benz pula mengekalkan kedudukan ditempat ketiga untuk tahun ini, sementara jenama lain seperti Kia dan Ford masing-masing menunjukkan peningkatan carian dengan menduduki tangga keempat dan kelima.

Sumber: Compare The Market