Kajian What Car? dapati Lexus dan Toyota paling boleh diharap (Tidak pelik pun)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Penerbitan What Car? dengan kerjasama MotorEasy baru-baru ini mengumumkan keputusan tinjauan The 2019 Reliability Survey yang mengumpul maklum balas lebih 18,000 pemandu bagi mengenalpasti kereta paling boleh diharap (reliable) dari model baharu sehingga berusia lima tahun.

Kajian tersebut mendapati jenama Jepun menerajui carta kereta paling boleh diharap dengan Lexus CT (2011 hingga sekarang) dan Toyota Yaris Hybrid (2011 hingga sekarang) mencatat skor 100 peratus.

Skor itu bermakna kedua-dua model tidak menghadapi sebarang masalah dalam tempoh 12 bulan lalu. Model lain yang boleh menandingi prestasi ini ialah Kia Soul (2014 hingga 2019).

Satu perkara menarik ialah kedua-dua model ini berada di dalam segmen hibrid dan ia juga paling boleh diharap berdasarkan maklum balas pemandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
What Car Reliability Survey (1)

Namun tidak semuanya memperolehi maklum balas positif, Renault Zoe yang merupakan kereta elektrik memperolehi skor 82.3 peratus dengan 44 peratus pemilik mengakui kereta mereka pernah mengalami kerosakan.

Segmen yang mencatat skor paling rendah ialah SUV mewah dengan skor 85.6 peratus. Range Rover (2013 hingga sekarang) dan Range Rover Velar (2017 hingga sekarang) memperolehi skor terendah. 

Hampir separuh pemilik Velar (48 peratus) mengatakan SUV mereka pernah mengalami kerosakan dalam tempoh 12 bulan lalu manakala 35 peratus pemilik Range Rover perlu menghantar SUV ke bengkel dengan bateri sebagai masalah utama.

 

Lexus CT200h

 

Berdasarkan jenama, kenderaan buatan Lexus paling boleh diharap dengan 99.3 peratus markah diikuti Toyota dan Suzuki. Dari segi carta sepuluh terbaik, jenama Jepun dan Korea Selatan mendominasi tujuh kedudukan. Jenama yang berada di bawah ialah Land Rover dengan skor 81.3 peratus di belakang Renault dan Jeep.

Tinjauan yang dibuat What Car? melibatkan soalan mudah seperti sama ada kereta pernah rosak dalam tempoh 12 bulan, tempoh pembaikan dan jumlah bayaran untuk kereta mereka kembali digunakan.

Daripada 18,119 kereta di dalam kajian ini, 26 peratus memberitahu kereta mereka sekurang-kurangnya mengalami satu kerosakan dengan masalah utama kerosakan enjin yang tidak melibatkan elektrikal.

Toyota Yaris Hybrid

Pemilik kenderaan diesel adalah yang paling kerap mengunjungi bengkel dengan masalah diesel mewakili 59 peratus kerosakan. 

Untuk kos pembaikan pula, 11 peratus pemilik perlu mengeluarkan di antara GBP £101 dan GBP £200 manakala tiga peratus mengatakan kos pembaikan memerlukan bayaran lebih GBP £1500.

Berikut ialah keputusan tinjauan yang dibuat What Car? untuk sepuluh jenama kereta paling boleh diharap:

Jenama

Markah

Lexus

99.3%

Toyota

97.7%

Suzuki

97.3%

Tesla

96.9%

Subaru

96.6%

Kia

96.3%

Hyundai

95.7%

Mini

95.4%

Skoda

95.2%

Honda

94.9%

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…