Kalau sayang kereta, benda ini WAJIB kena ada dan guna!

oleh SALINA JALIL|
Siapa tak kenal dengan WD-40? Jenama yang berasal dari Amerika Syarikat ini amat popular dan boleh dikatakan setiap 'kaki kereta' pasti ada sebotol di bilik stor!


Pelincir jenama botol biru label kuning WD-40 sememangnya produk wajib ada di setiap garaj dan kenderaan pada masa kini.


Pelincir WD-40 memang sudah lama dikenali dengan fungsinya yang pelbagai dalam bentuk penyelenggaraan dan penjagaan serbaguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

wd401

 

Pelincir ini selalunya digunakan untuk menghilangkan gris dan kotoran pada alat-alat logam serta bahagian-bahagian enjin kenderaan, serta melindungi bahagian-bahagian kenderaan daripada berkarat.


Tin biru kuning ini paling popular dan menaikan nama dan jenama WD-40. Nama rasminya adalah Multi-Use Product atau MUP.


Terbaharu MUP ini didatangkan dengan straw flexible yang dikenali sebagai MUP Ex Reach, ia mempunyai fungsi yang sama tetapi didatangkan dengan straw.


Ini bukan straw kaleng-kaleng ya tetapi telah diuji dan boleh 'dibentuk' beribu kali tanpa merosakannya!


Penggunaan straw tersebut adalah untuk memudahkan kita untuk sembur di tempat-tempat yang terlindung.

 

 

Terkini WD-40 juga telah mengeluarkan siri WD-40 Specialist Automotive. Ia direka khusus untuk kegunaan komponen-komponen industri automotif!


Tujuan utama produk WD-40 Specialist Series ini dibangunkan adalah untuk memastikan kenderaan kita sentiasa dalam keadaan sempurna untuk jangka panjang.

Salah satu produk yang kurang dipertengahkan adalah WD-40 Specialist Silicone.


Dari namanya saja, kita sedia maklum bahawa kegunaannya adalah dikhususkan untuk komponen getah dan silikon.


Kenapa ia diperlukan?


Setiap kenderaan pasti mempunyai komponen-komponen getah.

Dan komponen getah ini akan mengeras dan merekah apabila kerap kali berjemur di tengah panas.

Apatah lagi keadaan cuaca di negara kita yang beriklim khatulistiwa, sudah pasti komponen-komponen getah cepat menjadi keras dan akhirnya merekah.


Dengan penggunaan WD-40 Specialist Silicone, anda hanya perlu sapu dan lap pada komponen-komponen getah kenderaan anda, contohnya seperti di bahagian getah cermin tingkap dan getah di bahagian pintu.


Cuma pastikan WD-40 Specialist Silicone ini disapu pada kereta yang baru dibeli dan bukan pada kereta/kenderaan yang telah bertahun 'berjemur' di tengah panas!

 

 

Antara produk WD-40 Specialist Automotive Series yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

 


1. WD-40 Brake and Parts Cleaner

Salah satu komponen yang sering terlepas pandangan adalah 'kebersihan' brek.


Brek sekarang cepat kotor dan berdebu kerana brake pad sekarang bukan lagi dari jenis asbestos.


Dengan penggunaan WD-40 Brake and Parts Cleaner ini, komponen brek akan berfungsi pada prestasi maksimum.


Cara penggunaan pula sangat mudah, anda tidak perlu buka tayar pun! Cuma spray saja di celah-celah rim. Jangan lupa gunakan straw pada nossle spray tersebut supaya sampai ke celah-celah rim tersebut. Tak perlu 'tembak' dengan air pun!

Ia juga selamat dan boleh digunakan pada brake dram dan brake pad.

 

 

2. WD-40 Throttle Body, Carb & Choke Cleaner


Khusus untuk kenderaan yang masih menggunakan karburetor.

 

Tetapi untuk kenderaan moden, ia sesuai untuk penggunaan throttle body untuk menghilangkan deposit karbon di bahagian tersebut.


Bila bahagian enjin bersih, penggunaan bahan api juga jimat.

 

 

3. WD-40 Belt Dressing


Timing belt kenderaan kita kadang kala meraung bagaikan paluan kompang!

Ia disebabkan oleh geseran.

Untuk memanjangkan hayat timing belt kenderaan kita, apabila kita ganti timing belt yang baru, kita gunakan Belt Dressing ini.

Caranya juga mudah, sembur saja pada timing belt tersebut. Tetapi disarankan sembur Belt Dressing ini semasa enjin hidup ya dan biarkan beberapa minit untuk memastikan ia merangkumi keseluruhan belt tersebut.

Dan jangan pula disemburkan pada pulley kenderaan anda!

Selain menghilangkan ngauman timing belt, Belt Dressing ini juga memanjangkan hayat belt tersebut.


 

 

4. WD-40 Specialist - Machine & Engine Degreaser


Semestinya ia digunakan di bahagian enjin. Ia merupakan pelarut penyahgris yang berkesan.


Fungsi utamanya adalah membersihkan bahagian enjin yang berkeladak dengan kesan gris, minyak, tar dan pelbagai lagi.


Pastikan ia digunakan semasa enjin sejuk. 


Goncang botol dan sembur pada permukaan besi di bahagian enjin untuk lima ke sepuluh minit. Gunakan berus sekiranya perlu. Lap dengan kain dan bilas dengan air.

 


5. WD-40 Specialist Chain Lube

Khas untuk rantai motosikal atau basikal. Termasuk motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan rantai O, X, Z.

Ia melindungi rantai motosikal anda dan tahan lama.

Dan ia cepat kering.

Sebelum anda sembur Chain Lube ini, pastikan anda bersihkan terlebih dahulu rantai motosikal anda dari kekotoran atau kesan gris dan minyak.

Kemudian anda semburkan dan biarkan ia kering.

 


Cadangan kami beli produk WD-40 sebagai pelaburan kerana dengan sedikit pelaburan, kenderaan anda 'terjaga' dan tidak membebankan poket anda di masa akan datang.

 

Di pasaran negara kita sendiri, terdapat pelbagai tawaran pada harga yang murah untuk produk-produk WD-40 ini. 


Tetapi adakah ia produk yang tulen dan bukan tiruan?


Kami di Careta menawarkan anda produk 100% original pada harga promosi sehingga 15 Januari 2022.


Sekiranya anda membeli twin pack (2 botol) atau 5-in-1 pek (WD-40 Specialist Automotive Series), penghantaran adalah PERCUMA untuk Semenanjung Malaysia.

 

Tetapi untuk pembelian satu botol, harga penghantaran adalah RM3.00 (Semenanjung), RM15 untuk Sabah dan Sarawak. 


Pembelian Twin Pack pula penghantaran ke Sabah dan Sarawak adalah RM17 dan 5-in-1 pack pula berharga RM40.


Untuk dapatkan harga promosi di https://www.auto2u.my, jangan lupa promo kod CARETA40


Bagi setiap pembelian twin pack, anda akan mendapat hadiah percuma iaitu Multi Use Brush beserta kain Microfibre.


Dan bagi setiap pembelian 5-in-1 pack pula, anda akan menerima hadiah percuma yang merupakan Multi Use Brush, kain Microfibre serta MUP412 yang bernilai RM23.80
 

 

Tak faham macam mana nak guna? Tengok video ini:

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Terdapat banyak platform yang kini menawarkan perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan dan…
Informasi
Ahmad baharu sahaja membeli sebuah SUV dan dengan bangganya beliau memandu balik SUV baharunya ke…