Kamera pengesan henfon Australia - lebih 3k disaman dalam masa seminggu

oleh HEZERI SAMSURI|
Sejak diperkenalkan oleh kerajaan New South Wales (NSW), seramai 3,303 orang pemandu Australia di saman selepas diambil gambar oleh kamera yang mampu mengesan pemandu yang menggunakan henfon semasa memandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak 10 kamera pengesan henfon itu dilancarkan pada 1 Disember lalu dan digunakan di seluruh negeri tersebut.

Kamera khas itu menggunakan perisian yang mampu mengenali jika pemandu itu sedang memegang henfon ketika memandu.

Ia mampu beroperasi di dalam semua cuaca dan boleh mengesan kenderaan walaupun yang bergerak dalam kelajuan sehingga 300 kmsj.

Semua gambar yang diambil akan ditapis secara manual oleh pegawai-pegawai bertugas dan hanya yang benar-benar menggunakan henfon akan disaman.

NSW masih membenarkan pemandu menggunakan henfon sekiranya ia disambung ke kenderaan melalui sistem hands-free tetapi melarang pemandu memegang henfon untuk bercakap atau menghantar teks pesanan.

Penggunaan henfon semasa memandu memang dikenali sebagai antara punca kemalangan tertinggi di kebanyakan negara di dalam dunia ini.

Di Malaysia, pemandu dan penunggang motosikal tanpa segan silu menggunakan henfon ketika menggunakan kenderaan mereka kerana jarang ada operasi berkaitan kesalahan itu.

Malah Careta yakin akan ada yang bising jika disaman ketika menggunakan henfon kerana percaya itu adalah "hak mereka".

* Laporan asal dari Motoring.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu…