Kanada haramkan penjualan kereta petrol, diesel bermula 2035

oleh Mohamad Hanif|
Negara Kanada kini secara rasmi mengumumkan pelan untuk menghentikan penjualan kenderaan petrol dan diesel bermula tahun 2035.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam pengumuman besar yang dibuat pada 29 Jun yang lalu, Perdana Menterinya Justin Trudeau menjelaskan hanya kenderaan sifar emisi sahaja yang akan dibenarkan berada di pusat pameran dan pusat pengedar di seluruh negara.

Namun, perancangan tersebut hanya merangkumi genre kenderaan seperti kereta dan trak pikap tugas ringan (seperti contoh F-150), sementara trak tugas berat dan kenderaan komersial masih lagi dibenarkan dijual.

Menurut laporan daripada Reuters, negara Kanada akan turut mengumumkan pelan pelaburan dan perubahan regulasi bagi memudahkan peralihan kepada kenderaan elektrik sebelum mencapai status sifar emisi menjelang 2050.

Ia akan menjadi satu tugas yang sukar, memandangkan Reuters turut melaporkan hanya 3.5 peratus sahaja kenderaan elektrik yang dijual di Kanada pada ketika ini, dan untuk mencapai 100 peratus dalam tempoh 14 tahun bakal menjadi satu cabaran besar.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Perancangan itu ialah untuk menjadikan Honda lebih kompetitif bagi pasaran EV di US dan Eropah.…
Berita Global
Peraturan yang digelar sebagai Electric Vehicle Availability Standard itu sebenarnya tidaklah…
Berita Global
Di Amerika Syarikat dan Kanada, kira-kira 109,806 unit Corolla Cross varian petrol tahun 2022-2023…