Kanak-kanak 10 tahun boleh pandu Ferrari dan Lamborghini di litar UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ferrari 458 Italia
Ferrari 458 Italia
Sukan permotoran juga untuk kanak-kanak. Senario itu merujuk kepada kanak-kanak yang bergiat aktif di dalam sukan dua atau empat roda.

Dari situ mereka beralih dan ditapis untuk ke peringkat lebih tinggi dan akhirnya berada di kejohanan tertinggi seperti Rali Dunia (WRC), Formula 1 dan MotoGP.

Dengan itu pendedahan sejak kecil adalah penting dan di United Kingdom ada peluang untuk kanak-kanak mencuba jentera hebat Ferrari 458 Italia atau Lamborghini LP570 Performante.

Ini adalah sebahagian dari program Junior Platinum Supercar anjuran TrackDays.co.uk.

Kanak-kanak berusia dari 10 hingga 17 tahun dapat memandu kereta super itu sejauh 9.6 kilometer di litar lumba dengan pengawasan penuh. Harga pula tidak mahal, bermula dari £79.00 (RM435) sahaja!

Selain usia, peserta perlu mempunyai ketinggian minimum lima kaki dan maksimum enam kaki lima inci.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Lamborghini LP570 Performante

 

Para peserta boleh mencuba model hebat itu di sepuluh litar di UK di antaranya Litar Anglesey seperti dalam rancangan Fifth Gear dan Dunsfold Park yang biasa digunakan di dalam Top Gear.

Pakej pemanduan itu termasuk sesi penerangan oleh instruktor berkelayakan sebelum pemanduan (dengan pengawasan) bermula.

Sebagai rujukan, Ferrari 458 Italia mempunyai kuasa 562 bhp dan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat sahaja. Kelajuan maksimum ialah 338 km/j.

Lamborghini LP570 Performante pula memerlukan 3.9 saat untuk pecutan 0-100 km/j dan mempunyai kelajuan maksimum 323 km/j.

TrackDays.co.uk bukan baharu dalam program pemanduan, syarikat ini mula menawarkan khidmat mereka sejak tahun 2004.

Bukan sahaja kereta, syarikat juga menawarkan khidmat tunggangan motosikal bagi mereka yang ingin merasa dan program ini juga boleh dijadikan hadiah kepada individu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin