Kanak-kanak 5 tahun curi kereta ibubapa untuk beli Lamborghini

oleh SALINA JALIL|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang memandu kenderaan milik ibunya telah ditahan polis ketika dalam perjalanan untuk membeli sebuah Lamborghini.


Kanak-kanak itu ditahan di lebuh raya Utah berdekatan Ogden. Menurut Metro.Co.Uk, pada awalnya polis menjangkakan dia merupakan pemandu kurang upaya (OKU).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mereka kemudiannya terkejut apabila mendapati pemandu kereta berkenaan merupakan seorang kanak-kanak lelaki.

 

Apa yang lebih mengejutkan, kanak-kanak itu ternyata sedang menuju ke California yang terletak kira-kira 800 batu dari kawasan tersebut.

 

Jurucakap polis lebuh raya Utah dalam satu ciapan Twitter berkata, kanak-kanak itu merajuk dengan ibunya kerana tidak mahu membelikannya sebuah Lamborghini.

 

"Jadi dia membuat keputusan untuk memandu kereta ibunya dan menuju ke California untuk membeli kereta itu sendiri," jelasnya.

 

Polis hanya menjumpai wang sebanyak AS$3 di dalam dompet kanak-kanak tersebut semasa soal siasat dijalankan.

 

Kanak-kanak tersebut berjaya memandu sejauh tiga kilometer dari rumahnya sebelum ditahan polis.

 

Rick Morgan, pegawai patrol lebuh raya Utah berkata, "Kanak-kanak tersebut kelihatan takut dan hampir menangis dan hanya memberi jawapan yang ringkas. Menurut ibubapa kanak-kanak tersebut, anak mereka  tidak pernah memandu sebelum ini dan ini adalah kali pertama dia melakukan perkara seperti ini."

 

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan dari kejadian tersebut.

 

 

 

sumber: abc7news

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu ia hanya membenarkan motosikal bergerak di antara kenderaan lain dalam kawasan dengan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Road & Track, ia merupakan kali pertama sebuah syarikat bukan tempatan…