Kanak-kanak dua tahun maut ditinggalkan lebih dua jam dalam kereta di Lahad Datu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumber berita daripada Bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan maut setelah ditinggalkan lebih dua jam di dalam kereta Perodua Bezza ibunya ditepi jalan di Lahad Datu, Rabu lalu. 

Anak bongsi daripada empat beradik itu kemudian dijumpai ibunya (31 tahun) dalam keadaan terbaring, mulut berbuih dan tidak sedarkan diri. 

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.39 petang di Jabatan Kecemasan, Hospital Lahat Datu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, terdapat kesan melecur di bahagian kiri muka, serta lengan mangsa dan punca kematian adlaah disebabkan 'heat related death'.

Sehubungan dengan itu, pihak polis turut menahan ibu mangsa yang merupakan seorang suri rumah bagi membantu siasatan, selain merampas kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. 

Sumber: Bernama