Kanak-kanak dua tahun 'terperangkap' 10 minit dalam Perodua Bezza

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM Perak
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia dua tahun terperangkap dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di Chemor, di sini pada Selasa.


Kejadian berlaku ketika wanita tersebut meninggalkan anaknya di dalam kereta jenis Perodua Bezza untuk ke kaunter pembayaran bagi mengisi minyak.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Rosdi Mohd Radzi berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10 pagi.


"Anggota yang tiba kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu.

 

"Kanak-kanak lelaki itu terperangkap kira-kira 10 minit dan dia berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat," katanya.

 

Katanya, kanak-kanak terbabit diserahkan kepada ibunya dan operasi tamat pada jam 10.28 pagi.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…