"Tiba di lokasi didapati seorang kanak-kanak perempuan terkunci di dalam kereta.
"Operasi penyelamatan dijalankan menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dan diserahkan semula kepada ibunya,' ujar beliau.
Katanya, operasi dikawal pada jam 9.20 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 9.59 pagi.
JBPM Perak mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa diutamakan.