Kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta diselamatkan

oleh SALINA JALIL|
Seorang bapa berdepan detik cemas apabila anak perempuannya berusia setahun lapan bulan terperangkap di dalam kereta hampir 10 minit dalam kejadian di Taman Negeri Port Dickson, dekat sini pagi semalam,


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira 7.58 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Difahamkan, bapa kanak-kanak terbabit keluar sekejap daripada kereta dan tidak menyedari keretanya terkunci secara 'auto lock', ketika kejadian kanak-kanak itu sedar dan berada dalam keadaan cemas.

 

“Kami menggunakan peralatan khas ‘air cushion automatic entry’ untuk membuka kunci bahagian dalam pintu kereta sebelah pemandu. Tiada kecederaan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Beliau berkata kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit ditamatkan kira-kira 8.15 pagi.

 

Kepada para ibubapa di luar sana, jangan ambil mudah, kerapkali kita disajikan dengan berita-berita seperti ini, jangan sampai kita menyesal seumur hidup kerana 'bersangka baik' dengan nawaitu "Insya-Allah tak jadi kepada aku".

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…