Kanak-kanak setahun lapan bulan maut dilanggar kenderaan dipandu bapa

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas dilanggar kenderaan dipandu bapanya di kawasan rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor, Kluang, Kampung Raja, di Besut pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Gong Medang, pada jam 10.30 pagi.

Katanya, siasatan awal dijalankan dan mendapati kejadian berlaku ketika bapa kanak-kanak mengalihkan kenderaan jenis pacuan empat roda selepas selesai membasuh kenderaan di halaman rumah.

"Bapa mangsa tidak menyedari kanak-kanak itu sebelum ini sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah tiba-tiba bergerak menuju ke arah kenderaan dipandu bapa menyebabkan pemandu itu terlanggar anaknya.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan media.

Rozak berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Abdul Rozak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa berkenaan.

"Kita menyeru dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka semasa memandu di kediaman sendiri.

"Terutama apabila melibatkan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak kecil serta tidak membiarkan kanak-kanak di luar rumah tanpa pengawasan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," ujarnya.

- salam takziah kepada keluarga mangsa -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, ketika sampai di stesen minyak terbabit untuk mengisi minyak dan membelok ke pam…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, kaunter aduan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima maklumat awam…