Kanak-kanak tahu cara pandu kereta, polis tolak kaitan unsur 'tok wan' berbulu

oleh Mohamad Hanif|
Tiada unsur mistik dikaitkan, sebaliknya kanak-kanak yang terlibat dalam kes kemalangan tersebut tahu sendiri beberapa teknik pemanduan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pihak polis seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak tersebut tahu beberapa teknik pemanduan termasuklah penggunaan pendikit dan gear, cara menurunkan brek tangan dan mengundurkan kereta.

“Kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat hidupkan enjin apabila diminta.

“Kita menolak sebarang unsur mistik seperti mana yang ditularkan,” kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

Bagaimanapun, katanya pemeriksaan kamera kereta mendapati pemanduannya tidak stabil dan memasuki lorong bertentangan dan terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan.

Sebelum itu, timbul teori mistik yang mengaitkan insiden tersebut dengan lembaga yang dirujuk sebagai 'tok wan' yang memiliki badan yang panas dan berbulu.

Namun, kesahihan rakaman dan pemilik suara itu belum dapat dibuktikan buat masa ini.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebelum itu, ibu kanak-kanak tersebut melaporkan keretanya 'dicuri' anaknya dan hilang selama empat…
Berita Domestik
Menerusi rakaman video tersebut juga terdengar dentuman kuat dipercayai kenderaan pemilik rakaman…
Berita Domestik
  Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…