Kantoi - Pandu Ferrari tak ada 'roadtax'!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JPJ Selangor
Seorang lelaki yang memandu kereta Ferrari 488 Spider ditahan di Lebuhraya Guthrie dekat sini Khamis lalu atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, kesalahan itu dikesan menerusi operasi harian yang dijalankan Stesen Penguatkuasa (SPK) Elmina JPJ Selangor.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati LKM kereta terbabit telah tamat tempoh.

"Alasan yang diberi pemandu terbabit ialah kesibukan kerja dan lupa," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, operasi rondaan turut dilaksanakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Kata Khairul Khar, sebanyak 126 kesalahan dikesan antaranya lesen memandu kompeten (CDL) (21 kes), lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (19 kes), tiada perlindungan insurans (19 kes) serta teknikal (54 kes).

"Pasukan operasi turut bertindak menyita enam motosikal jenis Honda EX5 atas pelbagai kesalahan," ujarnya.

Tambahnya, SPK Elmina sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

"Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan," jelasnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan…
Berita Domestik
  Difahamkan kedua-dua suspek yang menaiki motosikal telah membuka kereta wanita itu dan mengambil…