Kapal Felicity Ace karam di Lautan Atlantik

oleh Mohamad Hanif|
Kapal kargo Felicity Ace yang membawa muatan kereta Kumpulan Volkswagen dilaporkan karam di Lautan Altantik.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut pengurusan MOL Ship Management, kapal yang mengalami kebakaran tempoh hari itu kini berada sejauh 220 batu nautika (407 km) dari persisiran Azores, dan tenggelam tepat jam 9 pagi 1 Mac yang lalu.

Dalam kejadian sebelum ini (16 Februari), kapal tersebut dilaporkan terbakar ketika dalam perjalanan dari Emden, Jerman menghala ke Davisville, Rhode Island.

Mujur ketika kejadian, kesemua 22 kru sempat menyelamatkan diri.

Apa yang merisaukan pihak berkuasa adalah kehadiran model kenderaan hibrid yang ada di dalam kapal tersebut, dan ia mampu mengakibatkan kebakaran yang sukar untuk dikawal.

Porsche mengesahkan 1,100 unit kenderaannya terjejas akibat insiden tersebut, sementara Lamborghini mungkin terpaksa memulakan kembali proses pemasangan model Aventador yang sebelum ini telah pun dihentikan produksinya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, kapal dengan kapasiti 4,000 buah kenderaan itu membawa muatan kenderaan sebanyak 3,828…
Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, terdapat beberapa unit kenderaan daripada jenama mewah seperti Audi,…
Berita Global
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Automotive News Jumaat lalu, mereka menjelaskan, "Kami…