Kapal kargo bawa muatan ribuan kenderaan VW Group terbakar di Lautan Atlantik

oleh Mohamad Hanif|
Kapal kargo Felicity Ace yang membawa hampir 4,000 kenderaan Kumpulan Volkswagen disahkan terbakar di perairan Portugal minggu ini.

Menurut laporan, kapal Felicity Ace meninggalkan pelabuhan Emden, Jerman pada 10 Februari dan dijangka tiba di Davisville, Rhode Island pada pagi 23 Februari.

Namun, kru kapal tersebut menghantar isyarat kecemasan pada pagi 16 Februari disebabkan kebakaran yang berlaku di salah satu daripada dek kargo.

Kru kapal terpaksa menggunakan bot untuk lari dan mereka berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal tangki Resilient Warrior sebelum diangkut ke darat menggunakan helikopter Portuguese Navy.

Kesemua 22 orang kru berjaya diselamatkan oleh pasukan tentera laut Portugal, namun nasib kesemua kenderaan yang diangkut oleh kapal kargo itu masih belum diketahui.

Disebabkan tiada sebarang kru, kapal kargo tersebut kini hanyut di lautan Altantik.

Sumber: Business Insider

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pengurusan MOL Ship Management, kapal yang mengalami kebakaran tempoh hari itu kini berada…
Berita Domestik
  Katanya, pelanggaran itu membabitkan kapal kargo dengan pendaftaran MV Zephyer Lumos dan kapal…