Kapal Maritim Malaysia terbakar

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dalam penyelenggaraan dilaporkan terbakar di dermaga Kampung Baru di Lumut pada Sabtu.


Laporan awal menyebut kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja kimpalan dijalankan dalam kapal berkenaan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung dan Ayer Tawar diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.14 petang.

"Pemeriksaan mendapati kebakaran itu melibatkan bahagian kabin kapal dengan kemusnahan kira-kira 50 peratus.

"Pemadaman sedang dijalankan merangkumi tindakan 'defensive' dan 'offensive'. Pasukan telah masuk ke dalam kapal untuk kerja-kerja pemadaman dalam kabin," katanya.

Tambahnya, setakat jam 7 malam, operasi masih diteruskan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketika ditahan, bot berkenaan berada pada kedudukan 0.9 batu nautika timur laut dari muara Kuala…
Berita Domestik
"Hasil rondaan dan operasi dijalankan, Maritim Malaysia merekodkan 434 kes tangkapan vesel nelayan…
Berita Domestik
  Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, penahanan itu adalah hasil…