"Kapal Selam Dewa" - Boleh bawa 48 peluru berpandu balistik dibina di China? Gurauan atau fakta?

oleh SALINA JALIL|
Laman berita ketenteraan, Naval News dalam laporannya pada 1 April lepas menyebut bahawa 'Kapal Selam Dewa" sedang dibina dan berupaya membawa torpedo berkuasa nuklear yang amat besar.


Kapal selam memiliki panjang 210 meter dan lebar 30 meter itu didakwa daripada kelas ‘Type-100 Sun Tzu’ dan dilancarkan dari limbungan Bohai di Huludao pada 1 April lalu.


Selain torpedo besar, kapal selam tersebut juga dikatakan membawa 48 peluru berpandu balistik, menjadikannya kapal selam bersenjata paling berat di dunia.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Kapal selam baharu ini dijangka menjadi tarikan utama perarakan ketenteraan besar-besaran di Beijing sebagai sebahagian daripada sambutan 100 tahun Parti Komunis China pada Julai ini,” tulis laporan tersebut.

 

Laporan berita menyatakan China mempunyai sebuah kapal selam gergasi digelar ‘dewa kapal selam’ baru-baru ini disahkan tidak benar dan cuma gurauan April Fool, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

 


Menurut akhbar Global Times, laporan portal ketenteraan tersebut penuh dengan kesilapan termasuk model, jenis kapal selam dan nama yang tidak menepati tradisi dan corak negara China.
 

 

“Tujuan kapal selam tersebut dibina adalah sempena ulang tahun ke-100 Parti Komunis China juga tidak munasabah memandangkan pihak tentera telah memaklumkan bahawa China tidak akan mengadakan perarakan tersebut tahun ini,” ujar  Global Times.

 

Dalam pada itu, seorang anggota tentera China yang enggan dikenali berkata, dakwaan yang mengatakan ia merupakan kapal selam jenis Type-100 juga hanya rekaan.

 

“Masih jauh lagi untuk China membangunkan kapal selam Type 095 dan Type 096 (inikan pula Type 100),” ujarnya.

 

China mempunyai pasukan tentera laut terbesar di dunia.

 

 

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Global
Beliau membuat kenyataan tersebut semasa satu acara di Ohio. Sewaktu beliau menjadi Presiden,…