Kapal selam Indonesia hilang

oleh SALINA JALIL|
Bernama melaporkan kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 dipercayai terputus hubungan ketika sesi latihan di perairan berhampiran Bali, lapor agensi Anadolu yang memetik ketua pasukan tentera.


Panglima Hadi Tjahjanto, Komander Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia memaklumkan wartawan bahawa pasukan tentera telah mengerahkan semua asetnya yang dilengkapi sistem pengesan untuk melakukan carian sekitar 95 kilometer dari Bali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Perkhidmatan Maklumat Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Pertama Julius Widjojono berkata, KRI Nanggala-402 terputus hubungan sejak awal pagi ini.

 

Kapal selam berkenaan dihasilkan pada 1981 oleh Howaldtswerke di Kiel, Jerman.

 

Ia adalah kapal selam jenis 209/1300 yang biasa digunakan oleh tentera laut dunia.

 

Dipercayai seramai 53 kru berada dalam kapal selam berkenaan. Ia dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi tadi di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo.

 

Sementara itu, Hadi Tjahjanto dijadual mengadakan sidang akhbar di Bali, jam 8.30 pagi esok.

 

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Kejadian tragik itu telah mengorbankan lima mangsa termasuk salah seorang pengasas syarikat…
Berita Domestik
Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas…
Berita Global
Difahamkan, kerja-kerja pembinaan kapal selam S-26T tersebut sudah hampir siap sepenuhnya, namun…