Kapal tangki dan kapal kargo berlanggar di perairan Muar

oleh SALINA JALIL|
Foto Ihsan MARITIM Johor
Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo berlanggar di perairan Muar, kira-kira jam 12.03 tengah malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat kejadian menerusi Maritime Rescue Coordinator Centre (MRCC) Putrajaya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Katanya, pelanggaran itu membabitkan kapal kargo dengan pendaftaran MV Zephyer Lumos dan kapal tangki dengan pendaftaran MV Galapagos.

 

"Kapal terbabit berada pada kedudukan 14.1 batu nautika di barat daya Kuala Sungai Muar.

 

"Sejurus menerima maklumat, MRSC Johor Bahru menyalurkan maklumat kepada Zon Maritim Batu Pahat (ZMBP) dan Pos Pangkalan Hadapan (FOB) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Batu Pahat bagi memohon bantuan aset.

 

"Kapal Kilat 47 daripada ZMBP dan PSC 37 Pasukan Polis Marin (PPM) diatur gerak ke lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran kejadian.

 

"Hasil pemerhatian dan pemantauan di lokasi kejadian mendapati kapal MV Zephyr Lumos terlanggar kapal kapal MV Galapagos dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan tindakan lanjut akan dijalankan.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Indonesia sebenarnya memproses minyak mentah untuk kegunaan domestik mereka, dan ditambah dengan…