Kapal tunda China bersauh lebih 4 minggu tanpa kebenaran di perairan Johor

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kapal tunda China yang disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor timur ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata kapal tunda sepanjang 62 meter berdaftar di China itu ditahan pada jam 2.15 petang.

 

Katanya, ia ditahan pada kedudukan 26.4 batu nautika timur laut Tanjung Penawar oleh bot ronda Maritim Malaysia.

 

"Hasil pemeriksaan dokumen pengenalan diri mendapati kesemua 15 kru lelaki warga China berumur di antara 27 tahun hingga 64 tahun mempunyai pengenalan diri yang sah.

"Bagaimanapun, nakhoda kapal tunda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia dan kapal dipercayai bersauh sejak 17 Mac lalu.

 

"Kapal serta kesemua kru ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan.

 

Nurul Hizam berkata, Maritim Malaysia Johor ingin menasihatkan kepada syarikat perkapalan supaya sentiasa memastikan kapal di bawah seliaan mereka untuk mematuhi undang-undang dan peraturan di perairan Johor.

 

 

 

Harian Metro