Kartel AdBlue - BMW, VW didenda RM4.3 bilion

oleh Mohamad Hanif|
Nasib malang melanda pengeluar automotif BMW dan Volkswagen apabila kedua-dua syarikat itu didenda sebanyak 875 juta euro (RM4.3 bilion) kerana mewujudkan kartel bagi mengehadkan penggunaan teknologi pembersihan emisi yang telah dibangunkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Reuters, perbincangan yang telah diadakan sedekad lalu antara BMW, Volkswagen dan Daimler (selaku pemberi maklumat) telah mempersetujui rekaan standard untuk AdBlue - aditif yang digunakan untuk mengurangkan emisi nitrogen oksida daripada gas ekzos yang dihasilkan oleh kereta diesel.

"Ini merupakan kes pertama, kami tidak pernah menemukan kes kartel yang bertujuan untuk mengehadkan penggunaan teknologi baru itu," menurut ketua unit antimonopoli EU, Margrethe Vestager dalam satu sidang media di Brussels.

Disebabkan itu, Volkswagen perlu membayar denda sebanyak 502 juta euro (RM2.5 bilion) sementara BMW pula dikenakan denda 373 juta euro (RM1.8 bilion).

Daimler yang merupakan sebahagian daripada kartel tersebut tidak dikenakan denda setelah mendedahkan maklumat terhadap komplot antara ketiga-tiga pengeluar itu.

Sementara itu, VW dalam satu kenyataan akan mengemukakan rayuan terhadap denda yang dikenakan.

Dakwa mereka, perbincangan itu tidak pernah dilaksanakan dan teknologi tersebut tidak menjejaskan mana-mana pelanggan.

Dalam kes skandal Dieselgate sebelum ini, VW mengakui menipu di dalam ujian pelepasan emisi, sehingga mengakibatkan pengeluar itu terpaksa mengeluarkan lebih daripada 32 bilion euro untuk kos pembaikan, denda serta kos undang-undang.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Informasi
  Hasil siasatan, selain menyita pelbagai kereta mewah bernilai RM15.7 juta, setakat ini SPRM…
Berita Global
Kes saman ini berkaitan dengan keputusan Kesatuan Eropah dalam 2017 yang memberikan hukuman denda…