"Hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran SUV berkenaan palsu dan diklon, sebelum rampasan dilakukan.
"Lima hari kemudian, kita mendapat maklumat mengenai sebuah lagi kereta dipercayai klon dan anggota Kastam Kuala Perlis kemudian bergegas ke sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Kaki Bukit di Beseri.
"Pemeriksaan menemukan kereta jenis Honda Jazz yang diparkir di hadapan bengkel yang kemudian disahkan menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya ketika sidang media pada Rabu.
Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan ini didaftarkan di Singapura sebelum ini dan ia dibawa masuk ke negara ini dan diklon dengan modus operandi sindiket adalah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tempatan sedia ada dan palsu untuk mengaburi pihak berkuasa.
"Rampasan SUV Volvo XC60 dianggarkan bernilai RM40,000 dengan cukai RM55,000, manakala kereta Honda Jazz pula dipercayai bernilai sekitar RM15,000 serta cukai RM55,000," katanya.
Ismail berkata, menjadi kesalahan menggunakan kenderaan klon kerana ia barang larangan tertakluk kepada permit import seperti ditetapkan di dalam Butiran 3, Jadual II, Bahagian 1, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
"Kita bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan pemilik kenderaan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.