Kastam rampas 264 basikal elektrik seludup dari China

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari FMT
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 264 unit basikal elektrik (e-bike) yang diseludup masuk ke negara ini bernilai RM742,479 termasuk cukai dalam serbuan di sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Tasik Utama, Ayer Keroh.


Pengarah Kastam Negeri, Norlela Ismail berkata, kesemua basikal itu dipercayai dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang tanpa lesen import yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, syarikat yang telah lebih lima tahun beroperasi itu cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengikrar barangan berkenaan sebagai alat ganti basikal.

"Kita membuat risikan selama enam bulan sebelum sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan JKDM Melaka melakukan serbuan pada Februari lalu dan turut menahan pemilik syarikat berusia 60-an.

"Barang kes yang disita sebenarnya tertakluk kepada lesen import yang dikeluarkan MITI. Dagangan ini telah diimport dengan diikrar sebagai alat ganti basikal, namun sebenarnya ia adalah basikal elektrik yang lengkap dan tertakluk kepada lesen import dan duti import," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar di Pejabat JKDM Melaka di Ayer Keroh di Melaka, pada Rabu.

Jelas beliau, sindiket penyeludupan basikal yang diimport dari negara China itu pertama kali dilaporkan di negeri ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 yang boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi tempoh tujuh tahun atau kedua-duanya," katanya lagi.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
  Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di lokasi yang sama dalam tempoh sembilan bulan, kata…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, Porsche dilaporkan menguasai 20 peratus pegangan di dalam syarikat…