Kastam Selangor rampas skuter elektrik diseludup untuk lupus di Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
Norlela (tengah) menunjukkan skuter elektrik yang dirampas pihaknya di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang/ Gambar dari UM
Cubaan sindiket menyeludup ratusan skuter elektrik dari Eropah untuk dilupuskan di negara ini gagal selepas dirampas pihak berkuasa di Pelabuhan Barat di Klang, 20 Mac lalu.

Kesemua skuter terpakai yang diikrarkan sebagai aloi aluminium itu dipercayai mahu dihantar kepada pihak tertentu menerusi kontena bagi pelupusannya.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Namun, helah itu berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit Dua (Selangor) yang menjalankan pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena di pelabuhan tersebut.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, semakan pihaknya mendapati tiada permit import dikemukakan bagi barangan yang dikirim dari sebuah negara di Eropah itu.

Jelas beliau, pemeriksaan membawa kepada penemuan 700 unit skuter elektrik terpakai yang nilai dagangannya berjumlah RM420,000.

“Pihak sindiket membuat pengikraran palsu dengan mengikrarkan ia sebagai ‘aluminium alloys’ bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kita masih mengesan pihak atau syarikat di negara ini yang terlibat dalam penyeludupan itu dipercayai bagi tujuan pelupusan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara pada Isnin.

Tambah Norlela, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, perkara itu dikesan kira-kira jam 12 tengah hari…
Berita Domestik
Dalam operasi khas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini, pasukan khas yang diketuai…
Berita Domestik
Pengarah Kastam negeri, Mohd Nadzri Ariffin berkata serbuan serentak dilakukan hasil maklumat dan…