Kastam sita alat ganti, aksesori kenderaan dari Thailand

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Utusan Online
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis menyita tiga lori kontena membawa aksesori dan alat ganti kenderaan, pakaian serta kasut yang dipercayai tidak diikrar dengan betul di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada Isnin lalu.


Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim memberitahu, sepasukan anggotanya dari Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar bersama Unit Dagangan Jalan Raya dan Unit Mesin Pengimbas melakukan pemeriksaan rapi ke atas tiga lori kontena bernombor pendaftaran Thailand kira-kira pukul 3.30 petang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, hasil imbasan menggunakan mesin pengimbas dan pemeriksaan rapi menemui 400 unit alat ganti kenderaan dan 1,105 unit aksesori kenderaan.

“Kita turut menemui sebanyak 2,080 helai pakaian dan 6,840 pasang kasut tidak berkastam diimport dari negara jiran menggunakan dokumen pengikraran pengimportan yang dipercayai tidak diikrar dengan betul.

“Anggaran nilai barangan yang dirampas termasuk kenderaan disita adalah sebanyak RM264,840 dan duti serta cukai terlibat berjumlah RM62,199 menjadikan jumlah keseluruhan RM327,039,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya menahan ketiga-tiga pemandu lori kontena yang merupakan warga Thailand untuk membantu siasatan termasuk mengesan pengimport terlibat.

“Bagi kesalahan pertama, pesalah boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti kastam itu atau RM50,000, amaun mana yang lebih besar, dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam itu atau RM500,000, amaun mana yang lebih besar,atau pemenjaraan selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

“Modus operandi kes ini adalah membuat pengikraran yang tidak benar dan mengelirukan dalam Borang Kastam 1 (K1) dengan tujuan mengelak dikenakan duti dan cukai yang tinggi,” ujarnya. 

 

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Menurutnya, rampasan terbesar membabitkan jumlah 3.8 juta barang rokok pelbagai jenama bernilai RM2…
Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…