Kaunter keluar masuk zon bas di BSI tutup berperingkat sebulan bermula hari ini

oleh Penyumbang Rencana|
Keadaan sesak kaunter ketibaaan di BSI, Johor Bahru sebelum dapat dikawal, pada 11 November lalu. - Foto ihsan Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI
Beberapa kaunter keluar dan masuk bagi zon bas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru, akan ditutup secara berperingkat selama sebulan bermula hari ini.

Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI berkata, penutupan berperingkat itu akan membabitkan tiga fasa bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf yang dijangka selesai 15 Januari depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kaunter Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) juga mungkin akan turut terjejas sepanjang tempoh berkenaan.

Berdasarkan makluman dimuat naik di Facebok, fasa pertama penutupan akan membabitkan laluan zon bas keluar meliputi kaunter manual 1 hingga 4, laluan 'e-gate' 1 hingga 3 dan kaunter MDAC bermula hari ini

"Fasa kedua membabitkan kaunter manual (11 hingga 18); laluan 'e-gate' (1 hingga 6) pada 21 Disember, disusuli fasa ketiga membabitkan kaunter manual sahaja (3 hingga 12) pada 28 Disember.

"Bagi laluan zon bas masuk pula, fasa pertama membabitkan kaunter manual (1 hingga 4); laluan e-gate (1 hingga 3) dan kaunter MDAC bermula pada 28 Disember.

"Fasa kedua untuk laluan bas masuk pula menyusul membabitkan kaunter manual (11 hingga 18) dan laluan 'e-gate' (1 hingga 6) bermula 3 Januari depan, sementara fasa ketiga hanya membabitkan kaunter manual (3 hingga 12) bermula 9 Januari," katanya.

Pejabat Imigresen BSI juga berkata, permohonan kemudahan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-Bike) kali pertama diberhentikan buat sementara waktu atas sebab tertentu dan pembukaan semula akan dimaklumkan kemudian.

"Sistem 'e-gate' di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri digunakan warga asing khususnya Singapura bermula 20 Januari lalu.

"Kebenaran penggunaan sistem 'e-gate' itu memberi manfaat kepada 50,000 warga republik itu yang berulang alik ke Johor untuk tujuan sosial," katanya.

Secara purata lebih 60,000 penunggang dan pembonceng motosikal rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura atas urusan kerja.

- Diharap bertabah dan sabar -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan…
Berita Domestik
  "Kita mengatur gerak penugasan bagi memastikan kelancaran aliran trafik melalui bantuan…
Berita Domestik
  Katanya antaranya ialah kenderaan dari arah Jalan Tebrau yang mahu ke Jalan Storey. "Penutupan…