Kaunter semakan, bayaran saman trafik dibuka hari ini

oleh SALINA JALIL|
Semua kaunter semakan, pembayaran saman serta pembekalan dokumen berkaitan kemalangan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara akan dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.


Menurut JSPT Bukit Aman, kaunter akan dibuka pada Isnin hingga Khamis bermula dari 9 pagi hingga 2 petang bagi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan).

 

Pada hari Jumaat, kaunter akan dibuka dari 9 pagi hingga 12 tengah hari membabitkan kesemua kontinjen berkenaan.

 

"Bagi IPK Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu kaunter hanya beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis dari 9 pagi hingga 2 petang," menurut kenyataan itu.

 

JSPT meminta orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu ketika berurusan di kaunter selain mengamalkan penjagaan kesihatan kendiri.

 

"Saringan suhu badan akan dilaksanakan dan orang ramai diminta memakai pelitup separuh muka ketika berurusan di kaunter," menurut kenyataan itu.

 

 

 

BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  “Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan PKPD…
Informasi
  Katanya, perkhidmatan kaunter bagaimanapun memberi keutamaan kepada urusan berkaitan Kenderaan…
Berita Domestik
  Ia kerana isu kehabisan stok pelekat cukai jalan menjejaskan wakil Takaful Am memperbaharui…