Model prototaip tersebut memperlihatkan gandingan enjin parallel-twin dan motor elektrik yang dipasang pada bahagian atas transmisi dengan satu tujuan - untuk menawarkan kadar penjimatan bahan api yang baik terhadap sistem yang sudah terbukti menjimatkan.
Selain daripada itu, penggunaan trenkuasa hibrid dikatakan mampu untuk mengurangkan emisi, dan terdapat kemungkinan besar Kawasaki mahu menguji keupayaan untuk bergerak dalam mod sifar emisi dalam jarak yang dekat.
Malah, pada masa akan datang, sistem ini boleh dihubungkan dengan GPS yang akan membolehkan motosikal memasuki mod sifar emisi secara automatik.
Sama seperti kereta hibrid, motosikal hibrid ini juga boleh menggunakan sistem brek regeneratif untuk mengecas kembali bateri hibrid yang kecil itu.
Selain daripada itu, model prototaip ini juga turut menampilkan teknologi penukaran gear automatik bagi membolehkan penukaran antara mod petrol, elektrik atau hibrid dengan lebih lancar.
Sumber: Cycle World