Kawasaki Eropah lancar Z900RS SE 2022

oleh Mohamad Hanif|
Di Eropah, Kawasaki baharu sahaja melancarkan motosikal terbaru Kawasaki Z900RS SE 2022 dengan penampilan retro-moden serta penambahbaikan terhadap spesifikasi asal jentera ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi penampilan, Z900RS SE 2022 ini datang dengan warna Metallic Diablo Black, serta pakej penggayaan "Yellow Ball" yang mengingatkan kita kepada skema warna model Z1 yang asal.
 

Z900RS SE


Sebut pasal prestasi, Kawasaki Z900RS SE 2022 ini mengekalkan enjin empat silinder sebaris yang menghasilkan 109.5 kuasa kuda @ 8,500 rpm serta daya kilas 98 Nm @ 6,500 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Apa yang menarik pada jentera retro-moden ini adalah sistem brek yang terdiri daripada dua unit angkup empat omboh monobloc Brembo M4, serta rotor berkembar separa terapung 300 mm.
 

Z900RS SE


Unit suspensi pula terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik 41 mm dengan larasan pra-muatan dan rebound damping, sementara penyerap hentak belakang pula mendapat unit daripada Ohlins, juga didatangkan dengan ciri rebound damping dan larasan pra-muatan.

Untuk membantu tunggangan, Kawasaki mendatangkan ciri seperti Kawasaki Traction Control, klac assist slipper, serta ciri talaan not ekzos yang pertama diperkenalkan pada model ini.
 

Z900RS SE