Kawasaki KLR 650 model 2021 - Otai gagah muncul kembali!

oleh HEZERI SAMSURI|
Akhirnya Kawasaki mendengar permintaan ramai dengan menghasilkan semula motosikal genre dual-purpose legenda, KLR650.

Motosikal yang dikenali sebagai traktor ini terkenal kerana ia mudah, praktikal dan lasak. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukan direka untuk penunggang yang mahu kelihatan cantik dan bergaya serta berpakaian lengkap offroad walaupun hanya untuk pergi makan ikan bakar.

KLR650 direka untuk penunggang berpengalaman yang mahukan sebuah jentera yang lasak dan mudah dijaga.

 

Di bawah ialah fakta-fakta yang perlu anda tahu mengenai KLR650 ini.

1. Ia menggunakan enjin 652cc sejukan cecair yang digunakan dalam KLR650 sebelum ini, tetapi ditambah dengan sistem suntikan bahan bakar DFI.

2. Enjin ditala untuk memberikan daya kilas lebih baik di banjaran tenaga pertengahan.

3. Alur rantai sesondol dibuat dari bahan baharu dan rekabentuk baharu untuk tahan lebih lama dan lebih lasak.

4. Transmisi masih 5 kelajuan, tetapi nisbah gear 3 diubah, gear nisbah 4 dan 5 pula menggunakan cara pemprosesan terbaharu dan bearing untuk klac jejarum ditukar kepada yang baharu khusus untuk menjadikan kotak gear ini lebih lancar dan lebih lasak.

5. Sistem gantungan lebih keras untuk depan dan belakang - bagus untuk prestasi pengendalian agar ia tidak terlalu berayun seperti tongkang pasir lari di bawa banjir.

 

 

6. Brek cakera hadapan masih dari jenis tunggal, tetapi 20 mm lebih besar menjadikan ia kini 300 mm.

7. Brek cakera 240 mm belakang lebih tebal 1 mm untuk penyerakan haba yang lebih baik.

8. Kawasaki dan Bosch menghasilkan sistem ABS yang lebih baik - ia "membenarkan" tayar belakang sedikit ruang untuk menggelungsur bila ditunggang di kawasan offroad. Di atas jalanraya, ia tidak lagi rasa begitu sensitif. Apa pun, ABS adalah pilihan optional sebenarnya dan Careta yakin, mesti ada ramai yang tidak memilihnya kerana ramai penunggang KLR650 adalah yang jenis mahu mengikut laluan kebun, bukan bertol.

9. Lengan ayun belakang adalah 30 mm lebih panjang dengan sendi 2 mm lebih panjang. Ini menjanjikan stabiliti bila perlu masuk ke lebuhraya.

10. Tayar masih jenis bertiub kerana ia adalah tayar terbaik bila masuk offroad.

 

 

11. Handlebar pula 10 mm lebih lebar untuk kawalan lebih baik, dan tempat letak kaki juga ditolak 10 mm lebih keluar. 

12. Lampu hadapan jenis LED dan skrin pula jenis LED tanpa warna dan tanpa RPM pun. Ini betul-betul ringkas. Mungkin sudah jatuh tahap kedekut.

13. Tangki 23 liter direka dengan bentuk baharu untuk lebih selesa dipeluk oleh kaki.

14. Shad menjadi aksesori rasmi untuk pannier Kawasaki bagi KLR650.

15. Harga di US ialah US$6,699 untuk model tanpa ABS dan US$6,999 untuk model dengan ABS. Jangan tukar pada RM jika mahukan hari ini terus menggembirakan anda.

Penulis pernah menggunakan KLR650 ini di Malaysia dan di Colombia dan walaupun ia memang tidak ada ciri-ciri kejelitaan, ia adalah umpama traktor yang boleh meredah segala macam rintangan di dalam kawasan yang tidak ada jalanraya sekalipun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…