Kawasaki Motors Limited dedah logo baharu

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motors Limited merupakan entiti baharu yang diasingkan daripada syarikat utama Kawasaki Heavy Industries (KHI) di mana mereka akan bertanggungjawab menguruskan segala aspek perniagaan motosikal jenama Jepun itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Kawasaki Motors Limited turut mengumumkan penggunaan logo baharu bermula 1 Oktober yang merujuk kepada logo ikonik River Mark yang pernah digunakan pada model Ninja H2 dan Ninja H2R.

Sebagai makluman, logo ini sebenarnya merupakan perkataan Jepun (kanji) Kawa dalam Kawasaki yang membawa maksud 'sungai' dan ia sebenarnya telah pun lama wujud pada bendera yang dipasang pada kapal yang dimiliki oleh Kawasaki Tsukiji Shipyard - perniagaan yang kemudiannya menjadi Kawasaki Heavy Industries yang kita kenali pada masa kini.

Presiden pertama Kawasaki Motors Limited, Hiroshi Ito turut mengumumkan perancangan untuk mengembangkan lagi fasiliti Nebraska sedia ada, selain mewujudkan fasiliti produksi terbaharu di Mexico.

Sebelum ini, pada Jun 2021, Kawasaki mendapati jualan motosikal besar (sesaran 400 cc dan ke atas) di seluruh dunia mengalami peningkatan sebanyak 80 peratus sejak tahun 2017.

Malah, mereka juga turut mendapati peningkatan demografik pengguna, dimana 60 peratus daripada pelanggan mereka terdiri daripada penunggang yang berumur 20-an.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sukar untuk mengatakan 'eh, motor Kawa tu macam Yamaha lah', atau 'kenapa motor Kawasaki tu tiru…
Berita Global
Menurut Presiden KHI, Yasuhiko Hashimoto menjelaskan, "aktiviti riadah luar telah menjadi satu…