Usah risau kerana Kawasaki ada menawarkan jentera sportbike khas untuk mereka yang mahukan penampilan yang bergaya dengan bajet yang terhad.
Penampilan yang sama dibawakan pada Ninja 400 2021 sebelum ini turut dilayangkan pada Kawasaki Ninja 250 2021, seperti warna hijau Kawasaki dengan kontras hitam matte, belly pan berwarna putih, serta hiasan aksen merah.
Namun dari segi spesifikasi, ia masih kekal dengan enjin parallel-twin 248 cc yang menghasilkan 36.2 hp dan 23 Nm @ 10,000 rpm, klac assist/slipper, lampu berkembar LED, serta skrin paparan semi-digital.
Sistem suspensi juga masih serupa, iaitu fork hadapan teleskopik 41 mm, penyerap hentak belakang bottom-link, serta brek cakera yang dibantu dengan ABS dua saluran.