Kawasaki sambut ulang tahun ke-50 Z dengan model edisi khas warna merah

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2022 menandakan ulang tahun yang ke-50 pengenalan siri Z Kawasaki yang terkenal, di mana pada tahun 1972, model lagenda Z1 dilancarkan dengan warna Fireball.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebagai penghormatan, Kawasaki telah melancarkan empat model Z edisi ulang tahun, iaitu Z900RS, Z650RS, Z900 dan Z650.
 

Z650


Kedua-dua model Z900RS dan Z650RS menampilkan tema warna Fireball yang ikonik berdasarkan model Z1100GP yang dihasilkan menggunakan proses pengecatan berbilang lapisan khas.

Selain daripada cat khas, kedua-dua model RS itu tadi mendapat set rim berwarna emas, logo ulang tahun yang ke-50 pada tangki dan pelindung enjin, sementara pelindung sisi pula menampilkan logo vintaj DOHC.
 

Z900


Sementara model Z900 2022 dan Z650 2022 pula menampilan pendekatan yang lebih moden, menggunakan warna Firecracker Red diikuti dengan grafik hitam dan putih, dan set rim berwarna merah.

Sama seperti RS 50th Anniversary, Z900 dan Z650 turut mendapat emblem ulang tahun pada tangki bahan api, fender, serta pelana balutan kulit.
 

Z650


Keempat-empat model ini bakal menyerang pusat pameran Kawasaki Jepun pada 1 Februari ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…