Kawasaki Z250 ABS, Z400 SE ABS dilancarkan - harga bermula dari RM22 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan ulang tahun ke-30 Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal jenama Kawasaki tersebut melancarkan dua buah model supernaked terbaharu, iaitu Z250 ABS dan Z400 SE ABS. 

Membawakan rekaan agresif yang diinspirasikan daripada penggayaan Sugomi, Z250 ABS dan Z400 SE ABS masing-masing tampak lebih garang dengan garisan badan yang lebih maskulin. 
 


Kedua-dua model Z ini menerima enjin serba baharu yang menjanjikan prestasi yang lebih cemerlang serta mudah untuk dikawal, serta kuasa yang lebih tinggi berbanding model terdahulu. 

Rekaan casis rangka trellis yang serba baharu pula memberikan lebih penjimatan dari segi berat, selain membawakan kestabilan dan pengendalian yang lebih mudah di jalan raya. 
 


Z250 ABS dan Z400 SE ABS turut menampilkan rekaan kluster meter yang dibawakan pada Z650 ABS yang senang untuk dibaca, tiga mod paparan dan indikasi tunggangan yang ekonomikal. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Z250 ABS dan Z400 SE ABS:

Z250 ABS

Enjin: Empat lejang Parallel Twin sejukan cecair
Sesaran: 249 cc
Kuasa/Daya Kilas: 37 PS/23.0 Nm
Transmisi: Manual enam nisbah kelajuan, klac basah berbilang cakera
Saiz tayar: 110/70-17 M/C 54H hadapan, 140/70-17 M/C 66H belakang
Suspensi hadapan: 41 mm fork teleskopik
Suspensi belakang: Bottom-Link Uni-Trak
Berat: 165 kg
Kapasiti tangki: 14 liter
Harga: RM21,998.00

Z400 SE ABS

Enjin: Empat lejang Parallel Twin sejukan cecair
Sesaran: 399 cc
Kuasa/Daya Kilas: 45 PS/38.0 Nm
Transmisi: Manual enam nisbah kelajuan, klac basah berbilang cakera
Saiz tayar: 110/70-17 M/C 54H hadapan, 150/60-17 M/C 66H belakang
Suspensi hadapan: 41 mm fork teleskopik
Suspensi belakang: Bottom-Link Uni-Trak
Berat: 165 kg
Kapasiti tangki: 14 liter
Harga: RM28,775

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hak pengedaran tersebut kini dipenuhi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal…
Berita Domestik
Keputusan itu dibuat oleh barisan lembaga pengarah KMSB mengambil kira beberapa perkembangan…
Berita Global
“Pelaburan dalam bentuk motosikal retro atau klasik adalah lebih menguntungkan dan disamping itu,…