Kawasaki Z650RS 2022 - enjin parallel twin 649 cc, 68 PS, gaya retro moden

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar motosikal Jepun, Kawasaki nampaknya memulakan kempen Retrovolution dengan pelancaran model baharu Kawasaki Z650RS yang membawakan penampilan retro moden untuk jentera tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan jentera Z baharu ini disasarkan kepada penunggang muda, ataupun mereka yang mahu memperingati memori pelancaran model ikonik Z650-B1 pada penghujung 1970-an.

Jentera middleweight Z650RS ini dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649 cc yang sama digunakan pada model Z650 dan Ninja 650, menghasilkan kuasa setinggi 68 PS dan daya kilas 64 Nm.
 

Z650RS


Ia membawakan penggunaan rangka trellis tubular yang menjanjikan pengendalian jentera yang ringan, serta respons yang lebih lincah, dengan ketinggian pelana 820 mm atau opsyen kedudukan yang lebih rendah 800 mm.

Sistem suspensi hadapan pula menggunakan fork konvensional bersaiz 41 mm, diikuti dengan penyerap hentak jenis horizontal link yang didatangkan dengan tetapan pra-muatan.

Sementara sistem brek pula menggunakan angkup berkembar dua omboh  dan rotor retro bersaiz 300 mm, dan angkup omboh tunggal dengan rotor 200 mm di bahagian belakang, dibantu dengan ciri ABS dwi-saluran.
 

Z650RS


Antara ciri menarik yang ada pada Z650RS adalah rekaan yang merujuk kepada model asal Z650-B1 seperti layangan cat dan jalur grafik, rekaan pelindung pelana belakang 'ekor itik', serta panel sisi, malah corak jahitan pada pelana juga turut diberikan tumpuan yang teliti.

Selain itu, ia membawakan rekaan lampu LED berbentuk bulat, paparan meter analog berkembar yang disekalikan dengan panel digital di bahagian tengah, serta rekaan rim berbilang jejari berwarna emas.

Boleh didapati dalam tiga warna menarik iaitu Metallic Spark Black, Candy Emerald Green atau Metallic Moondust Gray/Ebony, harga jualan Z650RS 2022 bermula dari £7,549 (RM42,421).

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai penghormatan, Kawasaki telah melancarkan empat model Z edisi ulang tahun, iaitu Z900RS,…