Kawasaki Z900 RS - neo klasik premium dilancarkan di Malaysia (dari RM67,900)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMMSB) petang ini melancarkan model Z900 RS yang diperkenalkan pertama kalinya semasa Tokyo Motorshow tahun lalu.

Dibina berdasarkan model sport naked Z900, varian RS ini menggunakan konsep neo-klasik yang sangat sinonim dengan gaya hidup Distinguihsed Gentleman's Ride.

Bentuk tangki mirip motosikal zaman 70-an, lampu hadapan bulat dengan dua meter yang juga tidak ubah seperti motosikal dari era itu diadun dengan komponen moden seperti fork hadapan besar berwarna emas serta brek-brek monoblock Nisin yang lengkap dengan ABS dan traction control.

 

 

Selain dari perubahan kosmetik, Kawasaki turut mengubah karektor enjin Z900 RS ini agar lebih sesuai dengan gaya baharunya.

Enjin 948 cc sejukan cecair ini memberi lebih fokus kepada tork yang mampu dirasai dari kelajuan enjin yang rendah.

Ini ialah kerana genre naked lebih banyak bermain di kawasan urban dan kekuatan untuk memecut tanpa terlalu banyak bermain dengan nisbah gear diperlukan.

 

 

Namun begitu, jumlah tork dan kuasa kuda terpaksa direndahkan (125 hp ke 111 hp dan 97.9 Nm kepada 72.5 Nm) untuk mencapai objektif itu.

Transmisi tetap sama, tetap nisbah ditukar. Contohnya, gear 5 lebih pendek sementara gear 6 dinaikkan agar lebih lancar dan kurang gegeran semasa menunggang jauh.

 

 

Kerangka trelis Z900 turut diubah kerana Kawasaki memerlukan tapak baharu untuk tangki bahan api retro itu dan juga agar pelana lebih rapat ke bumi.

Bunyi ekzos pula dijadikan lebih "garau" dan "dalam" pada kelajuan rendah.

 

 

Diimport terus dari Jepun untuk menjadikan ia produk premium dalam barisan motosikal Kawasaki, Z900 RS ini datang dengan harga pengenalan yang sangat menarik, RM 69,900 termasuk GST untuk Special Edition berwarna oren itu dan RM67,900 untuk varian biasa berwarna hijau gelap. Harga ialah tanpa insurans dan kos pendaftaran.

Sesiapa yang terlepas model Zephyr oleh Kawasaki yang dijual dalam tahun 1990-an, pasti tidak akan melepaskan peluang ini!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…